PENDAHULUAN
Seringkali kita biasa melihat sesuatu perlawanan yang diuruskan dengan licin tiba-tiba bertukar menjadi kucar-kacir, hilang kawalan sehingga berlaku free for all atau berlaku keputusan-keputusan yang pelik atau yang tidak konsisten oleh Pengadil. Seorang Pengadil yang mempamerkan kemahiran pengadil yang baik tiba-tiba merosot, meleset dan hilang genggaman terhadap perlawanannya. Ini juga boleh berlaku jika seseorang pengadil yang mempunyai kawalan yang baik menjadi complacent, dia boleh tiba-tiba hilang tumpuan dan kawalan perlawanan boleh hilang dari genggamannya. Berikut adalah tafsiran dan penjelasan terhadap situasi atau fenomena di atas, yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada Pengadil agar sentiasa berwaspada tentang kemungkinan berlakunya tempuh-tempuh masa tertentu di dalam perlawanan yang boleh mendatangkan masalah kepadanya. Ia juga berguna kepada pemerhati atau penilai pengadil untuk memberikan tumpuan yang khusus dalam pencerapan terhadap mutu pengadil agar dapat memberikan panduan dan bimbingan kepada Pengadil supaya tidak berlaku lagi tempuh masa yang boleh dikatakan Pengadil kehilangan tumpuan (lapse of concentration).
PRINSIP 10 MINIT
Kajian di Cardiff University, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa terdapat sesuatu tempuh masa yang unik di dalam sesuatu perlawanan permainan yang memerlukan perhatian dan peneletian khusus oleh Pengadil. Sebagai contoh, 10 minit pertama di awal setiap perlawanan, lima minit sebelum dan selepas waktu rehat dan juga 10 minit terakhir di setiap perlawanan yang memerlukan penelitian khusus oleh Pengadil. Terdapat juga pelbagai tempuh masa tertentu di dalam sesuatu perlawanan yang memerlukan perhatian khusus oleh Pengadil. Tempuh masa ini yang sering menimbulkan bantahan, konfrontasi atau masalah-masalah di dalam pengadilan sebagaimana yang berlaku selepas sesuatu jaringan atau selepas suatu kejadian atau insiden.
Pengadil perlu mengubahsuaikan cara kawalan perlawanan mengikut RENTAK permainan yang dimainkan oleh pemain. Ketika pemain ‘jadi panas’ semasa sesuatu permainan, Pengadil perlu membetulkan atau ‘fine tune’ cara dia mengadili berpatututan. Ini bukanlah tidak konsisten tetapi sekadar mengubah tahap kawalan mengikut ragam pemain-pemain. Konsistensi adalah cara Pengadil sering dapat mengawal permainan iaitu dengan berubah mengikut tempo permainan.
SEBELUM SITUASI
Malang tidak berbau. Jika Pengadil dapat menghidu sesuatu insiden mungkin berlaku, untuk mengekalkan kawalan atau menggengam semula permainan, hukum semua kesalahan dengan tegas dan yakin, lima atau 10 minit berikutnya. Cuba perlahankan permainan dan tidak melaksanakan advantej. Perlahankan permulaan semula dan rentaknya dan ini membolehkan pemain mendapatkan semula tumpuan kepada permainan dari kepada pemain lawannya
SEMASA SITUASI
Jangkakan konfrontasi sebelum ia berlaku adalah lebih baik kerana Pengadil akan lebih bersedia untuknya. Ketika berlaku pecut ke arah insiden itudengan pantas dan gunakan suara anda untuk mengelakkan tindak balas berlaku. Kehadiran anda dan tindakan positif mengawal keadaan ketika ini amat penting. Kehadiran anda akan menjadikan diri anda dihormati atau disanjung oleh pemain. Perlahankan diri ketika menghampiri pemain-pemain ini, gunakan suara dan wisel yang kuat, panjang dan nyaring, mungkin diikuti beberapa tiupan yang singkat, tetapi kuat. Ini bertujuan untuk memberikan dua kesan, ia menunjukkan bahawa anda telah melihat dan juga bunyi wisel itu akan menyentak pemain-pemain berkenaan. Anda perlu kawal keadaan ketika ini. Asingkan kedua-dua pemain yang bertelagah itu. Kadang-kala Pengadil perlu tidak meninggikan suaranya. Ia mungkin membangkitkan kemarahan atau menimbulkan keghairahan untuk bertindak balas di kalangan pemain.
Kadang-kala pemain ketiga yang muncul atau tiba ke tempat kejadian boleh meruncingkan situasi atau melakukan tindakan ganas – ambil tindakan tegas (beri AMARAN). Kepala anda hendaklah sentiasa diangkat (tidak tunduk) agar dapat melihat dengan jelas dan posisikan diri agar dapat melihat sesiapa yang menghampiri insiden itu. Anda mungkin perlu mengalihkan perhatian dari dua pemain itu kepada pemain lain yang cuba menghampiri. Ada juga pemain-pemain lain yang datang untuk menarik rakannya dari situasi itu atau menenangkan mereka, jadi gunakan mereka untuk membantu. Ketika menghadapi konfontasi, letakkan diri di antara kedua-dua pemain untuk membentuk halangan dan menenangkan situasi. Elakkan selalu sentuhan fizikal dengan memegang atau menyentuh pemain, pemain mungkin beranggapan berlainan. Hanya sesetengah Pengadil yang bereputasi boleh memegang pemain tanpa menimbulkan kemarahan atau syak wasangka oleh pemain.
Perlawanan dapat dikawal semula dengan memberikan AMARAN atau PERINTAH KELUAR kepada pemain yang bersalah. Kadang-kala kad perlu dilayangkan dengan segera dan pantas bagi mengelakkan retaliation oleh pemain yang dikasari. Mesej yang dikeluarkan ialah anda mengawal keadaan. Jika anda tunggu, risikonya ialah ia akan menjemput tindak balas pemain tersebut atau pemain-pemain lain. Kejadian yang hanya memerlukan satu amaran mungkin yang akan berakhir dengan pengeluaran beberapa kad kuning atau merah. Tindak balas Pengadil yang pantas dan bijak adalah perlu bagi menangani kejadian-kejadian ini.
TINDAKAN DISIPLIN
Ketika memerintah keluar pemain dari setiap pasukan, adalah penting untuk membenarkan masa di antara satu pemain yang perintahkan keluar dengan pemain lain yang akan diperintahkan keluar seterusnya. Ini adalah untuk mengelakkan pertelagaan berterusan. Adalah dinasihatkan untuk perintah keluar pemain dari pasukan pelawat dahulu kerana penonton akan berada dalam keadaan bersorakan dan tidak sedar bahawa pemain mereka juga diperintah keluar. Atau perintah keluar pemain pelawat akhir sekali untuk membolehkan penonton bersorakan. Kadang kala perlu pantas mengeluarkan kad merah terus kepada kedua-dua pemain terlibat.
SELEPAS SITUASI
Pastikan semua ‘api kecil’ telah terpadam sebelum memulakan semula permainan. Jika pemain masih berdekatan, kemungkinan pertelagaan boleh berlaku. Pastikan dengan Penolong Pengadil agar tiada tindakan sepatutnya yang terlepas diambil. Jika anda tidak mengatasi situasi dengan betul atau pemain berasa tindakan anda tidak munasabah atau tidak sempurna, kemungkinan keadaan buruk akan berulang. Perhatian anda hendaklah tertumpu kepada kemungkinan-kemungkinan ini.
Selepas sesuatu kejadian atau kontrovesi atau keputusan keras atau besar (strong decision) yang perlu dibuat oleh Pengadil (contohnya penalti, perintah keluar, konfrontasi dan sebagainya) terdapat juga tempuh masa ini yang perlu diberi perhatian oleh pemerhati atai penilai Pengadil. Pemerhatian ini boleh seterusnya membantu Pengadil dalam mengatasi masalah ini pada masa depan. Jika terdapat perubahan pada keputusan atau cara Pengadil membuat keputusan, keputusan yang tidak konsisten, keputusan yang boleh dipersoalkan atau terdapat kehilangan kawalan atau gengaman terhadap perlawanan, ia mencerminkan bahawa Pengadil telah kehilangan kawalan, kurangnya pengalaman dalam menangani situasi genting ataupun belum matang dalam kemahiran pengadilannya. Pengadil ini perlu lebih pendedahan kepada perlawanan yang rendah impact agar memberikan masa untuk dia mengembangkan pengalamannya. Sebaliknya jika keputusan-keputusan Pengadil atau tingkah lakunya tetap konsisten, tegas dan tenang (not shaky), ia mencerminkan bahawa perlawanan tetap dalam kawalannya dan Pengadil ini adalah matang dalam kemahiran pengadilannya. Pengadil ini boleh disyorkan untuk menangani perlawanan yang tinggi intensiti.
SYOR DAN CADANGAN
Bagaimana kita boleh menjadikan fenomena-fenomena yang diutarakan di atas untuk memastikan kejadian-kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Pengadil hendaklah sentiasa menjangkakan yang boleh dijangkakan dan juga menjangkakan yang mungkin tidak dijangkakan (expect the expected dan expect the unexpected). Persediaan mental adalah suatu aspek yang perlu diberi perhatian dalam persediaan seseorang Pengadil dalam menghadapi sesuatu perlawanan yang ditugaskan kepadanya selain dari persediaan fizikal. Persediaan mental meliputi mendapatkan input maklumat terhadap pasukan-pasukan yang bakal bertemu, pemain-pemain yang akan bermain, formasi dan strategi pasukan, kedudukan pasukan pada tangga liga, peringkat pertandingan (suku akhir, separuh akhir dan seterusnya). Teknik imagery dalam teknik mental preparation boleh juga digunakan sebagai persediaan sama ada ketika rehat di hotel atau semasa berada di bilik persalinan. Teknik imagery memerlukan pengamal persediaan mental ini untuk membayangkan situasa-situasi atau insiden-insiden yang mungkin berlaku di dalam sesuatu perlawanan yang bakal dihadapinya. Kemudian, dia juga membayangkan pelbagai cara atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan. Ini memberikan peluang kepada Pengadil untuk mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga tanpa perlu mengalaminya secara zahir. Apabila kebetulan insiden itu berlaku di dalam perlawanan, Pengadil sudah ada jawapan tentang cara mengatasinya.
Dari aspek Penilai Pengadil, pencerapan terhadap Pengadil dalam beberapa tempuh tertentu di dalam perlawanan dapat memberikan input yang lebih berkualiti dan intelek dalam membimbing Pengadil semasa taklimat pasca perlawanan (debriefing). Pencerapan yang teliti ketika berlakunya sesuatu insiden atau keputusan yang genting memberikan suatu gambaran sama ada pengadil tetap konsisten atau menjadi shacky dan tidak tepat keputusannya atau cuba mengimbangi kesilapan atau keputusan itu dengan membuat keputusan yang silap atau tidak sepatutnya. Ia juga memberikan gambaran bahawa Pengadil itu tetap konsisten, composed dan matured dan memang boleh disyorkan untuk perlawanan-perlawanan yang lebih tinggi intensitinya. Ada juga Pengadil yang mempamerkan persembahan yang baik di dalam perlawanan yang normal atau pantas tetapi akan jadi pincang apabila menghadapi sesuatu masalah, disergah pemain atau selepas sesuatu kontrovesi. Oleh yang demikian penelitian yang spesifik dan berkualiti akan menghasilkan debriefing dan bimbingan lebih berkualiti Dari Penilai Pengadil yang dinanti-nantikan oleh setiap Pengadil dalam usaha mencorak mutu pengadilan yang lebih berkualiti. Mudah-mudahan artikel ini akan membantu kita dalam melahirkan lebih ramai Pengadil yang berkualiti dunia.
(Diterjemahkan dan diolahkan semula dari Petikan ‘10 minutes’ USSF)
Oleh Amir Sharifuddin Wong.