Kuasa dan Tugas
Pengadil mempunyai kuasa untuk memberhentikan permainan jika, pada pendapatnya lampulimpah tidak mencukupi.
Jika suatu objek dibalingkan leh penonton terkena pengadil, penolong pengadil, pemain atau pegawai pasukan, pengadil boleh meneruskan permainan, menangguh atau menamatkan permainan mengikut keadaannya. Dia mesti dalam semua keadaan melaporkan insiden itu kepada pihak yang berkuasa.
Pengadil mempunyai kuasa untuk menunjukkan kad kuning atau merah semasa waktu rehat separuh masa dan selepas perlawanan termasuk masa tambahan dan sepakan dari tanda penalti, di mana perlawanan masih di bawah budi bicaranya ketika ini.
Jika pengadil tidak berupaya sementara atas apa jua sebab, permainan boleh diteruskan di bawah seliaan penolong pengadil sehingga bola di luar permainan.
Jika penonton meniup wisel dan pengadil menggangap bahawa wisel tersebut telah mengganggu permainan (contohnya, pemain mengangkat bola di tangannya, dengan menyangkakan permainan telah diberhentikan), pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan.
Advantej
Pengadil boleh memainkan advantej apabila sesuatu pelanggaran atau kesalahan berlaku.
Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut dalam memutuskan sama ada untuk melaksanakan advantej atau tidak:
• tahap kekasaran kesalahan: jika kesalahan yang memerlukan perintah keluar, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan perintah keluar pemain tersebut kecuali terdapat peluang menjaringkan gol berikutnya
• kedudukan kesalahan berlaku berhampiran dengan gol pasukan lawan, ia adalah lebih berkesan
• peluang segera suatu serangan ke arah gol pasukan lawan
• keadaan perlawanan
Keputusan untuk menghukum kesalahan asal mestilah mengambil beberapa saat.
Jika kesalahan memerlukan kad kuning diberi, ia hendaklah diberikan pada pemberhentian berikutnya. Walau bagaimanapun, kecuali ada sesuatu advantej yang jelas, adalah disyorkan agar pengadil memberhentikan permainan dengan segera untuk memberi amaran kepada pemain tersebut. Jika amaran tidak diberikan pada pemberhentian berikutnya, ia tidak boleh diberikan selepas itu.
Pemain-pemain cedera
Pengadil mesti mematuhi prosedur berikut ketika menguruskan pemain-pemain yang cedera:
• permainan diteruskan sehingga bola di luar permainan jika pemain, pada pendapat pengadil hanya cedera ringan
• permainan diberhentikan, jika pada pendapat pengadil pemain cedera parah
• setelah bertanyakan pemain yang cedera, pengadil membenarkan seorang atau dua doktor untuk masuk ke padang permainan untuk menilai kecederaan dan menguruskan pemain tu dikeluarkan secepat mugkin dari padang permainan
• pembawa ‘stretcher’ hendaklah masuk ke padang permainan pada masa yang sama dengan doktor agar pemain dapat dibawa keluar secepat mungkin
• pengadil hendaklah memastikan pemain yang cedera dikeluarkan dengan selamat dari padang permainan
• pemain tidak dibenarkan dirawat di dalam padang permainan
• mana-mana pemain yang berdarah lukanya mesti keluar dari padang permainan. Dia tidak boleh masuk semula sehingga pengadil berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti. Pemain tidak dibenarkan memakai pakaian yang berdarah.
• sebaik saja pengadil telah membenarkan doktor masuk ke padang permainan, pemain mesti keluar dari padang permainan, sama ada di atas ‘stretcher’ atau berjalan. Jika pemain itu tidak mematuhinya, dia mesti diberi amaran kerana tidak bersemangat sukan.
• pemain yang tercedera hanya boleh masuk semula ke padang permainan setelah permainan dimulakan semula.
• ketika bola dalam permainan, pemain yang cedera mesti masuk semula ke padang permainan melalui garis tepi. Ketika bola di luar permainan, pemain yang tercedera boleh masuk semula dari mana-mana garis sempadan.
• sama ada bola di dalam atau di luar permainan, hanyapengadil saja berkuasa untuk membenarkan pemain yang cedera untuk masuk semula ke padang permainan.
• pengadil boleh memberikan kebenaran kepada pemain yang cedera itu untuk masuk semula jika penolong pengadil atau pegawai keempat mengesahkan bahawa pemain itu telah bersedia
• jika, sebaliknya permainan tidak diberhentikan untuk sebarang perkara lain, atau jika pemain mengalami kecederaan bukan disebabkan oleh sesuatu pelanggaran undang-undang permainan, pengadil mesti memulakan semula permainan dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan
• pengadil mesti membenarkan masa yang terbuang kerana kecederaan itu dimainkan sepenuhnya pada setiap separuh masa permainan
• apabila pengadil telah memutuskan untuk memberi kad kepada pemain yang cedera, yang perlu dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan, pengadil mesti tunjukkan kad tersebut sebelum pemain itu keluar dari padang permainan
Pengecualian kepada peraturan ini dilaksanakan hanya ketika:
• penjaga gol yang cedera
• penjaga gol dan pemain lain bertembung dan memerlukan perhatian dengan segera
• kecederaan yang parah, seperti tertelan lidah, pengsan, kaki patah
Lebih dari satu kesalahan berlaku pada masa yang sama
• Kesalahan dilakukan oleh dua pemain dari pasukan yang sama:
- pengadil mesti menghukum kesalahan yang lebih berat ketika pemain melakukan lebih dari satu kesalahan serentak
- permainan mesti dimulakan semula mengikut kesalahan yang lebih berat dilakukan
• Kesalahan dilakukan oleh pemain-pemaind dari pasukan berbeza:
- pengadil mesti memberhentikan permainan dan mulakan semula dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan.
Posisi ketika bola di dalam permainan
Syor-syor
• Permainan hendaklah antara pengadil dan penolong pengadil yang berkenaan
• Penolong pengadil berkenaan hendaklah dalam penglihatan pengadil. Pengadil hendaklah menggunakan sistem diagonal yang lebar
• Berada di luar dari permainan memudahkan permainan sentiasa berada di antara penolong pengadil dan penglihatan pengadil
• Pengadil perlu berada hampir untuk melihat tanpa mengganggu permainan
• “Apa yang perlu dilihat” tidak semestinya sentiasa berhampiran.
Pengadil hendaklah memberikan perhatian kepada:
- pemain yang agresif semasa perebutan jauh dari bola
- kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku di tempat arah tuju bola
- kesalahan-kesalahan yang berlaku setelah bola digerakkan darinya
Posisi dalam situasi bola di luar permainan
Posisi terbaik adalah di mana pengadil boleh membuat keputusan yang tepat. Semua syor tentang posisi adalah berdasarkan kemungkinan-kemungkinan dan mesti diubahsuaikan dengan menggunakan maklumat khusus tentang pasukan, pemain-pemain dan kejadian-kejadian di dalam perlawanan sehingga ketika itu.
Posisi yang dicadangkan dalam grafik berikut adalah asas dan syor kepada pengadil. Rujukan kepada “zon” bertujuan untuk menekankan bahawa setiap posisi yang disyorkan itu sebenarnya adalah kawasan di mana besar kemungkinan pengadil boleh berkesan secara optimumnya. Zon boleh jadi besar atau kecil atau berbentuk yang berbeza bergantung kepada kejadian tertentu.