Peralatan asas
Warna:
• Jika jersi kedua-dua penjaga gol sama warna dan kedua-duanya tidak ada jersi untuk ditukar, pengadil hendaklah membenarkan permainan dimulakan
Jika pemain secara tidak sengaja tercabut alas kakinya dan kemudiannya memainkan bola dan/atau membuat jaringan, tidak ada pelanggaran berlaku dan jaringan itu dibenarkan kerana dia tercabut alas kakinya dengan tidak sengaja.
Penjaga gol boleh memakai seluar track sebagai sebahagian dari peralatan asasnya.
Peralatan lain
Pemain boleh menggunakan peralatan selain daripada peralatan asasnya dengan syarat tujuannya adalah untuk melindunginya secara fizikal dan tidak mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain.
Semua pakaian atau peralatan selain daripada peralatan asas hendaklah diperiksa oleh pengadil dan ditentukan agar tidak berbahaya.
Peralatan perlindungan moden seperti alas kepala, topeng dan pelindung lutut dan siku daripada bahan lembut dan alas ringan tidak mendatangkan bahaya dan dengan itu adalah dibenarkan.
Menurut teknologi baru bahawa kacamata sukan diperbuat lebih selamat, sama ada kepada pemakai atau orang lain, penadil hendaklah menunjukkan kebijaksanaan dalam membenarkan kegunaanya, terutama bagi pemain muda. Jika pakaian atau peralatan yang telah diperiksa pada permulaan permainan dan ditentukan tidak berbahaya menjadi bahaya atau digunakan secara berbahaya semasa perlawanan, kegunaannya mesti tidak boleh dibenarkan seterusnya.
Kegunaan sistem perhubungan radio di antara pemain dan/atau kakitangan teknikal adalah tidak dibenarkan.
Barang Kemas
Semua barang kemas (rantai, cincin, gelang, subang, gelang kulit atau getah dan sebagainya) adalah dilarang dengan kerasnya dan mestilah ditanggalkan. Penggunaan pita untuk menutup barang kemas tidak boleh diterima.
Pengadil juga dilarang memakai barang kemas (kecuali jam atau alatan serupa untuk mencatat masa perlawanan).
Tindakan Disiplin
Pemain-pemain adalah diperiksa sebelum permulaan permainan dan pengganti sebelum masuk ke padang permainan. Jika pemain didapati memakai alat kemas atau pakaian yang tidak dibenarkan semasa permainan, pengadil mesti:
• mengarahkan pemain menanggalkan peralatan itu
• mengarahkan pemain keluar padang sebaik saja bola di luar permainan jika dia tidak dapat atau enggan menurut arahan
• memberi amaran, jika setelah diberitahu untuk menanggalkan peralatan tersebut, didapati memakainya semula.
Jika permainan telah diberhentikan untuk memberi amaran kepada pemain, suatu sepakan percuma tidak terus mesti diberi kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).