Prosedur Penggantian
• Penggantian dibuat ketika pemberhentian permainan
• Penolong pengadil memberi isyarat permintaan untuk penggantian
• Pemain yang akan digantikan menerima kebenaran pengadil untuk keluar, kecuali dia telah berada di luar padang permainan untuk sebab-sebab yang mematuhi Undang-undang Permainan
• Pengadil memberi kebenaran untuk pengganti masuk ke padang permainan
• Sebelum masuk ke padang permainan, pengganti menunggu sehingga pemain yang digantikan itu keluar padang
• Pemain yang digantikan tidak wajib keluar melalui garis tengah padang
• Kebenaran untuk penggantian boleh dinafikan di bawah keadaan-keadaan tertentu, contohnya, jika pengganti belum bersedia untuk masuk
• Pengganti yang belum melengkapkan prosedur penggantian dengan memijak di dalam padang permainan tidak boleh memulakan semula permainan dengan membuat lontaran ke dalam atau sepakan penjuru
• Jika pemain yang akan digantikan itu enggan keluar dari padang permainan, permainan diteruskan
• Jika penggantian dibuat semasa rehat separuh masa atau sebelum masa tambahan, prosedur itu hendaklah dipenuhi sebelum sepak mula separuh masa kedua atau masa tambahan.
Orang luar di dalam padang permainan
Anasir luar
Sesiapa yang tidak dinamakan di dalam senarai pemain, pengganti atau pegawai pasukan adalah anasir luar sama seperti pemain yang telah diperintah keluar.
Jika anasir luar masuk ke padang permainan:
• Pengadil hendaklah memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan)
• Pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan sempadannya
• Jika pengadil memberhentikan permainan, dia hendaklah memulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan
Pegawai-pegawai pasukan
Jika pegawai pasukan masuk ke padang permainan:
• Pengadil hendaklah memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan)
• Pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan jika kelakuannya tidak bertanggungjawab, pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan sempadannya
• Jika pengadil memberhentikan permainan, dia hendaklah memulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan
Pemain di luar padang permainan
Jika pemain keluar padang permainan untuk membetulkan peralatan yang tidak menurut undang-undang, menerima rawatan kerana kecederaan atau mempunyai darah pada peralatannya atau untuk sebarang sebab-sebab lain dengan kebenaran pengadil, pemain yang masuk semula padang permainan tanpa kebenaran pengadil mesti:
• memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan)
• beri amaran kepada pemain kerana masuk tanpa kebenaran
• arahkan pemain itu keluar jika perlu (contohnya melanggar Undang-undang 4)
Jika pengadil memberhentikan permainan, ia dimulakan semula:
• dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma) jika tidak ada pelanggaran lain
• menurut Undang-undang 12 jika pemain melanggar Undang-undang ini
Jika pemain melintasi garis sempadan padang permainan dengan tidak sengaja, dia tidak melakukan sebarang perlanggaran. Keluar dari padang permainan adalah dianggap sebagai sebahagian dari pergerakan pemain.
Pengganti atau pemain yang telah digantikan
Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk padang permainan tanpa kebenaran:
• pengadil mesti memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan)
• pengadil mesti member amaran kepadanya kerana tidak bersemangat sukan
• pemain mesti keluar dari padang permainan
Jika pengadil memberhentikan permainan ia dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Gol dijaringkan dengan orang tambahan dalam padang permainan
Jika, setelah gol dijaringkan, pengadil menyedari, sebelum permulaan semula permainan bahawa terdapat orang tambahan dalam padang permainan semasa gol dijaringkan:
• pengadil mesti membatalkan jaringan itu jika:
- orang tambahan itu adalah anasir luar dan telah mengganggu permainan
- orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah digantikan atau pegawai pasukan pasukan berkenaan yang menjaringkan gol itu
• pengadil mesti membenarkan jaringan itu jika:
- orang tambahan itu adalah anasir luar dan tidak mengganggu permainan
- orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah digantikan atau pegawai pasukan pasukan berkenaan yang menerima jaringan itu.
Bilangan minimum pemain
Jika undang-undang pertandingan menyatakan bahawa semua pemain dan pengganti mesti dinamakan sebelum sepak mula dan satu pasukan memulakan permainan dengan kurang dari 11 pemain, hanya pemain yang dinamakan dalam senarai mula boleh melengkapkan 11 pemain itu bila tiba.
Walaupun permainan tidak boleh dimulakan jika mana-mana pasukan mempunya kurang dari tujuh pemain, bilangan minimum dalam sesuatu pasukan yang diperlukan untuk perlawanan diteruskan adalah tertakluk kepada persatuan gabungan. Walau bagaimanapun, pada pendapat Lembaga Antarabangsa Persatuan Bolasepak perlawanan tidak boleh diteruskan jika mana-mana pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain.
Jika sesuatu pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain kerana satu atau lebih pemain keluar padang permainan dengan sengaja, pengadil tidak perlu memberhentikan permainan jika advantej boleh dilaksanakan. Dalam kes sedemikian, pengadil mesti tidak boleh membenarkan permainan diteruskan setelah bola berada di luar permainan jika sesuatu pasukan tidak mempunyai bilangan minimum tujuh pemain.