Prosedur – Kesalahan-kesalahan
Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain lawan tidak boleh berada kurang 2 meter dari tempat lontaran ke dalam. Bila perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum lontaran ke dalam dibuat dan beri amaran kepada pemain yang kemudiannya gagal untuk beredar ke jarak yang betul. Permainan dimulakan semula dengan lontaran ke dalam.
Jika pemain, sambil membuat lontaran ke dalam yang betul, dengan sengaja melontarkan bola ke arah pemain lawan agar dapat memainkan bola itu semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil mesti meneruskan permainan.
Jika bola masuk ke gol lawan terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan gol. Jika bola masuk ke gol pelontar terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan penjuru.
Jika bola tersentuh tanah sebelum masuk ke dalam padang permainan, lontaran ke dalam hendaklah dibuat semula oleh pasukan yang sama dari tempat yang sama dengan syarat lontaran telah dibuat mengikut prosedur yang betul. Jika lontaran ke dalam tidak dibuat mengikut prosedur yang betul, lontaran dibuat semula oleh pasukan lawan.