Jumlah Pelawat

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata... Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...

Selasa, Januari 27, 2009

UNDANG-UNDANG 14 – Sepakan Penalti

Prosedur

Mengacah ketika membuat sepakan penalti untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan dalam bolasepak. Walau bagaimanapun jika pada pendapat pengadil, tindakan dianggap sebagai tidak bersemangat sukan, pemain mesti diberi amaran.


Persediaan untuk Sepakan Penalti

Pengadil mesti memastikan keperluan-keperluan berikut sebelum sepakan penalti dibuat:
• penyepak dikenal pasti
• bola diletakkan dengan betul pada tanda penalti
• penjaga gol berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gold an mengadap penyepak
• rakan-rakan penyepak dan rakan-rakan penjaga gol berada:
- di luar kawasan penalti
- di luar garis lengkuk penalti
- di belakang bola


Kesalahan – Selepas wisel dan sebelum bola dalam permainan