Jumlah Pelawat

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata... Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...

Selasa, Januari 27, 2009

UNDANG-UNDANG 13 – SEPAKAN PERCUMA

Prosedur

Bola berada dalam permainan apabila disepak dan bergerak.

Sepakan percuma boleh dibuat dengan mengangkat bola dengan kaki atau kedua-dua kaki serentak.

Mengacah untuk membuat sepakan percuma untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan dalam bolasepak. Walau bagaimanapun jika pada pendapat pengadil, tindakan itu dianggap sebagai tidak bersemangat sukan, pemain mesti diberi amaran.

Jika pemain, sambil membuat sepakan percuma secara betul, dengan sengaja menendang bola ke arah pemain lawan supaya dapat memainkan bola semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil hendalah meneruskan permainan.

Sepakan percuma tidak terus mesti dibuat semula jika pengadil gagal untuk mengangkat lengannya untuk mengisyaratkan sepakan itu adalah sepakan percuma tidak terus dan bola ditendangkan terus ke dalam gol. Sepakan percuma tidak terus asal itu tidak dibatalkan oleh kesilapan pengadil.

Jarak

Jika pemain membuat keputusan untuk membuat sepakan percuma dengan pantas dan pemain lawan yang berada kurang 9.15 m dari bola menyerkapnya, pengadil mesti meneruskan permainan.

Jika pemain membuat keputusan untuk membuat sepakan percuma dengan pantas dan pemain lawan yang berdekatan dengan sengaja menghalangnya membuat sepakan, pengadil mesti memberi amaran kepada pemain itu kerana melambat-lambatkan permulaan semula permainan.

Jika sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya, seorang atau lebih pemain lawan berada di dalam kawasan penalti kerana pemain pertahanan membuat keputusan untuk menendang dengan pantas dan pemain lawan tidak sempat keluar dari kawasan penalti itu, pengadil hendaklah meneruskan permainan.