Dalam makna Undang-undang 11 – Ofsaid, definisi berikut dikuatkuasakan:
• “lebih hampir ke garisan gol pihak lawan’ bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir. Lengan tidak termasuk dalam definisi ini
• “mengganggu permainan” bermaksud memain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan
• “mengganggu pemain lawan” bermaksud menghalang pemain lawan dari memain atau berpeluang untuk memainkan bola dengan menghalang secara jelas penglihatan atau pergerakan pemain lawan atau menggunakan geraklaku atau gerakan yang pada pendapat pengadil menipu atau mengelirukan pemain lawan
• “mendapatkan keuntungan dari kedudukannya” bermaksud memainkan bola yang melantun kepadanya dari tiang atau palang gol setelah berada di dalam posisi ofsaid atau memainkan bola yang melantun kepadanya dari pemain lawan setelah berada dalam kedudukan ofsaid
Kesalahan-kesalahan
Apabila sesuatu kesalahan ofsaid berlaku, pengadil memberikan satu sepakan percuma tidak terus yang dibuat dari posisi pemain bersalah itu ketika bola akhir sekali dimainkan oleh rakannya.
Jika seorang pemain pertahanan melangkah ke belakang garisan golnya untuk meletakkan pemain lawan dalam kedudukan ofsaid, pengadil mesti meneruskan permainan dan memberikan amaran kepada pemain pertahanan itu kerana dengan sengaja keluar padang permainan tanpa kebenaran pengadil apabila bola berada di luar permainan berikutnya.
Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika pemain yang berada dalam kedudukan ofsaid melangkah keluar padang permainan mengisyaratkan kepada pengadil yang tidak terlibat dalam permainan aktif. Walau bagaimanapun, jika pengadil berpendapat bahawa dia telah keluar dari padang permainan atas seab-sebab taktik dan telah memperolehi keuntungan yang tidak adil dengan memasuk semula padang permainan, pemain ini mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Pemain ini perlu meminta kebenaran pengadil untuk masuk semula ke padang permainan.
Jika pemain menyerang berdiri tetap antara tiang-tiang gol di dalam jaring gol semasa bola masuk ke dalam gol, jaringan itu mesti dibenarkan. Walau bagaimanapun, jika pemain menyerang mengelirukan pemain lawan, jaringan itu mesti dibatalkan, pemain itu diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan dan permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di kedudukan bola semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan telah diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol selari dengan garisan gol hampir dengan kedudukan bola semasa permainan diberhentikan.

An attacker in an offside position (A), not interfering with an opponent, touches the ball.
The assistant referee must raise the flag when the player touches the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A), tidak mengganggu pemain lawan, menyentuh bola.
Penolong pengadil hendaklah mengangkat bendera apabila pemain itu menyentuh bola.

An attacker in an offside position (A), not interfering with an opponent, does not touch the ball.
The player cannot be penalised because he did not touch the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan (A), tidak mengganggu pemain lawan, tidak menyentuh bola..
Pemain ini tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh bola.

An attacker in an offside position (A) runs towards the ball and a team-mate in an onside position (B) also runs towards the ball and plays it.
(A) cannot be penalised because he did not touch the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) lari menuju ke bola dan rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid juga lari menuju bola dan memainkannya.
Pemain (A) tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh bola.

A player in an offside position (A) may be penalised before playing or touching the ball, if, in the opinion of the referee, no other team-mate in an onside position has the opportunity to play the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) boleh dihukum sebelum memain atau menyentuh bola jika, pada pendapat pengadil, tiada rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid mempunyai peluang untuk memainkan bola.

An attacker in an offside position (1) runs towards the ball and does not touch the ball.
The assistant referee must signal “goal kick”.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola dan tidak menyentuh bola.
Penolong pengadil mesti memberi isyarat “sepakan gol”.

An attacker in an offside position (A) is obstructing the goalkeeper’s line of vision. He must be penalised because he prevents an opponent from playing or being able to play the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) menghalang penglihatan penjaga gol. Dia mesti dihukum kerana menghalang pemain lawan dari memainkan bla atau berpeluang memainkan bola.

An attacker in an offside position (A) is not obstructing the goalkeeper’s line of vision or making a gesture or movement which deceives or distracts him.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) tidak menghalang penglihatan penjaga gol atau melakukan sesuatu geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukannya.

An attacker in an offside position (A) runs towards the ball but he does not prevent the opponent from playing or being able to play the ball.
(A) is not making any gesture or movement which deceives or distracts (B).
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola tetapi tidak menghalang pemain lawan memainkan bola atau berpeluang memainkan bola. (A) tidak melakukan sebarang geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukan (B).

An attacker in an offside position (A) runs towards the ball preventing the opponent (B) from playing or being able to play the ball.
(A) is making a gesture or movement which deceives or distracts (B).
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola menghalang pemain lawan (B) dari memainkan bola atau berpeluang memainkan bola. (A) melakukan sebarang geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukan (B).

The shot by a team-mate (A) rebounds from the goalkeeper to (B) who is penalised for playing the ball having previously been in an offside position.
Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol kepada penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum ini berada di kedudukan ofsaid.

The shot by a team-mate (A) rebounds from the goalkeeper. (B) is in an onside position and plays the ball.
(C) in an offside position is not penalised because he did not gain an advantage from being in that position because he did not touch the ball.
Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol. (B) yang tidak berada di kedudukan ofsaid memainkan bola. (C) yang berkedudukan ofsaid tidak dihukum kerana dia tidak mendapat keuntungan dengan berada di kedudukan ofsaid kerana tidak menyentuh bola.

The shot by a team-mate (A) rebounds off an opponent to attacker (B) who is penalised for playing the ball having previously been in an offside position.
Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari pemain lawan kepada penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum itu berada di kedudukan ofsaid.

An attacker (C) is in an offside position, not interfering with an opponent, when a team-mate (A) passes the ball to player (B1) in an onside position who runs towards the opponents’ goal and passes the ball (B2) to team-mate (C).
Attacker (C) cannot be penalised because when the ball was passed to him, he was in an onside position.
Penyerang (C) yang berada di kedudukan ofsaid, tidak mengganggu pemain lawan apabila rakan sepasukan (A) menghantar bola kepada pemain (B1) yang berlari dari kedudukan tidak ofsaid menuju ke gol lawan dan menghantar bola itu pula kepada rakan sepasukan (C).
Penyerang (C) tidak boleh dihukum kerana apabila bola dihantar kepadanya dia berada di kedudukan tidak ofsaid.