Jumlah Pelawat

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata... Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...

Selasa, Januari 27, 2009

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL


Penggunaan Wisel

Wisel diperlukan untuk:
• sepak mula (separuh masa pertama, kedua), selepas sesuatu jaringan
• memberhentikan permainan untuk:
- sepakan percuma atau sepakan penalti
- jika permainan ditangguh sementara atau ditamatkan
- ketika separuh masa permainan telah tamat kerana tamat masa
• memulakan semula permainan ketika:
- sepakan percuma ketika mengarahkan benteng ke jaraknya
- sepakan penalti
• memulakan semula permainan setelah diberhentikan untuk:
- memberi kad kuning atau merah untuk kelakuan tidak bersopan
- kecederaan
- penggantian

Wisel TIDAK diperlukan untuk:
• memberhentikan permainan untuk:
- sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam
- jaringan gol
• memulakan semula permainan ketika:
- sepakan percuma, sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam

Wisel yang tidak sepatutnya yang kerap digunakan akan kurang keberkesanannya ketika keadaan yang memerlukan. Ketika wisel budi bicara diperlukan untuk memulakan permainan, pengadil hendaklah memberitahu kepada pemain-pemain bahawa permulaan semula tidak akan berlaku sehingga isyaratnya.

Bahasa badan

Bahasa badan adalah alat yang pengadil guna untuk:
• membantu mengawal perlawanan
• menunjukkan kewibawaan dan kawalan diri

Bahasa badan bukan:
• satu penjelasan kepada keputusan